Udemy
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
Turn what you know into an opportunity and reach millions around the world.
Learn More
Your cart is empty.
Keep shopping
Tatabahasa Bahasa Korea Beginner Awal + Nota PDF + Latihan
Rating: 4.9 out of 5(9 ratings)
30 students

Tatabahasa Bahasa Korea Beginner Awal + Nota PDF + Latihan

Langkah pertama untuk anda mempelajari tatabahasa Bahasa Korea selepas sudah menguasai Hangeul.
Created byZulhilmi Zamri
Last updated 8/2025
Malay

What you'll learn

  • Belajar frasa wajib tahu bagi tahap beginner
  • Mengetahui tahap kesopanan yang biasa digunakan dalam kehidupan harian
  • Belajar konsep kata akar dan cara menukar kata akar kepada bentuk lain
  • Belajar perkataan istimewa (irregular) dan cara menukarkan kepada bentuk tatabahasa tertentu
  • Memahami struktur ayat bahasa Korea (SOV)
  • Memahami penanda subjek, objek, dan topik dalam Bahasa Korea
  • Menukarkan kata akar kepada bentuk lampau
  • Menukarkan kata akar kepada bentuk masa hadapan
  • Menjadikan ayat lebih panjang dengan menambah maklumat tambahan.

Course content

3 sections • 9 lectures • 2h 14m total length
  • Pengenalan - Frasa Wajib Tahu dan Tahap Kesopanan10:51

    Pengenalan kepada tatabahasa Bahasa Korea dan frasa yang anda wajib tahu.

    Sama seperti Bahasa Inggeris, frasa ini adalah seperti "How are you?", "Thank you", "Nice to meet you", kita akan belajar ayat-ayat yang paling asas dalam Bahasa Korea.

Requirements

  • Pelajar WAJIB tahu membaca Hangeul

Description

Bagi pelajar yang SUDAH tahu Hangeul tetapi:

  • Tidak faham perkataan yang dibaca

  • Tidak tahu bagaimana mahu mula belajar tatabahasa Bahasa Korea dengan teratur

  • Tidak faham cara untuk bertutur menggunakan tahap kesopanan yang betul


Kursus Tatabahasa peringkat Beginner ini (lower beginner) adalah bertujuan untuk membantu anda memahami struktur asas tatabahasa Bahasa Korea.


Dalam kursus ini, kita akan mempelajari apakah itu kata akar bahasa Korea, bagaimanakah untuk menukarkan kata akar kepada bentuk lain, struktur ayat Bahasa Korea, dan akhirnya cara membuat ayat anda sendiri.

Contoh apa yang anda akan kuasai dalam kursus ini :

Bermula dari sepatah perkataan 먹다 (makan) kepada -> 저는 내일 밥을 먹을 거예요 (Saya akan makan nasi esok)


Dengan asas pemahaman yang jitu, pelajar akan dapat mempelajari tatabahasa Bahasa Korea dengan sendiri pada satu hari nanti, dan kandungan dalam kursus ini ialah langkah pertama anda untuk memahami tatabahasa Bahasa Korea.


Kandungan kursus secara terperinci adalah seperti berikut:


1. Frasa Wajib Tahu dan Tahap Formaliti

2. Wajib Tahu - Kata Akar Korea vs BM

3. Menukarkan Kata Akar Kepada Ayat Tunggal Formal (-ㅂ/습니다)

4. Menukarkan Kata Akar Kepada Ayat Tunggal Tidak Formal Versi Sopan (-어/아요)

5. Menukarkan Kata Akar Istimewa (Irregular) Kepada Versi Formal dan Sopan

6. Struktur Ayat Bahasa Korea

  • Subjek + Predikat (N+V/A)

  • SOV (N1+N2+V)

7. Penanda Topik, Subjek, dan Objek

8. Membina Ayat Yang Lebih Panjang

  • Bentuk lampau

  • Bentuk masa depan


Semoga dengan kursus ini, anda dalam mempelajari asas tatabahasa Bahasa Korea dan membina kemahiran untuk mempelajari sebarang bentuk tatabahasa sendiri pada masa hadapan.


Who this course is for:

  • Kursus tatabahasa beginner (lower beginner) adalah bagi pelajar yang sudah tahu membaca dan menulis Hangeul tetapi masih tidak tahu bagaimana mahu mula belajar tatabahasa Bahasa Korea dengan teratur.