SPEERICHMENT: Bantu anak lancar cakap.

Pelajari teknik dan strategi mengajar anak bercakap dari 1 hingga 3 patah perkataan
Rating: 3.5 out of 5 (1 rating)
24 students
SPEERICHMENT: Bantu anak lancar cakap.
Rating: 3.5 out of 5 (1 rating)
24 students
Teknik & aktiviti bantu anak bercakap dengan video dan aktiviti berbeza setiap minggu.

Requirements

  • Peruntukan masa.
  • Perhatian dan fokus
  • Wujudkan suasana pembelajaran yg ceria
Description

Program ini memfokuskan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang di-diagnos dengan spektrum autism yang menjadi punca masalah kelewatan bahasa dan komunikasi. Mulakan rawatan anak anda seawal mungkin. Anda akan dibimbing dengan video-video modul dan tips yang berbeza mengikut tahap pada setiap minggu supaya anda dapat memantau dan kenalpasti masalah kelewatan pertuturan anak anda. Latihan juga akan diberikan mengikut tahap pada setiap minggu. Hantar latihan dan lengkapkan senarai semak tahap perkembangan pertuturan anak anda.

Who this course is for:
  • Memfokuskan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang di-diagnos dengan spektrum autism
Course content
2 sections • 9 lectures • 36m total length
  • Pengenalan Speerichment: Ms Aishah Kassim
    05:18
  • Modul 1: Hubungan Mata
    06:15
  • Tips 1: Percakapan Sendiri dan Percakapan Selari
    02:06
  • Modul 2: Meminta dengan Gesture
    06:31
  • Tips 2: Terjemahan
    01:45
  • Modul 3: Mengambil Giliran
    05:17
  • Tips 3: Teknik Mengulang
    02:08
  • Modul 4: Teknik Pausing
    05:08
  • Tips 4: Teknik Highlighting
    02:20

Instructor
Dr Nur Shasa’ Ain Abdul Aziz
  • 3.5 Instructor Rating
  • 1 Review
  • 24 Students
  • 1 Course

Dr Nur Shasa’ Ain adalah pengasas dan Ketua Audiologi di Eartistic Hearing and Balance Centre. Beliau telah menerima Lesen Kedoktoran Audiologi (Au.D) dengan kepujian dari NOVA Southeastern University, Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2011 dan Sarjana Muda Audiologi (BSc) pada tahun 2008 dari University College of London (UCL), yang telah disahkan oleh American Insititute of Balance (AIB), Cognitive Behavioral Therapy (CBT) Beliau merupakan doktor yang berkelayakan untuk menjalan penilaian bagi bunyi-bunyi yang berada di peringkat yang berbahaya. Beliau telah mengasaskan i-Richment pada tahun 2016 apabila dia melihat semakin ramai ibu bapa memerlukan lebih banyak bantuan untuk membantu anak-anak mereka dengan spektrum autisme dan gangguan pendengaran semasa hari-hari awal pembukaan Pusat Pendengaran dan Imbangan Eartistic. Sebagai seorang ibu sendiri, dia sangat gemar mempraktikkan latihan otak kanan untuk anak perempuannya. i-Richment disokong oleh banyak agensi sebelum ia dilancarkan dan juga sehingga ke hari ini. Antaranya adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia