
Mengetahui apakah itu bahasa badan, sejarah bagaimana kajian bahasa badan serta penyelidik yang terlibat dalam sejarah Bahasa Badan.
Pendedahan apakah elemen-elemen penting yang perlu diambil kira semasa membuat penganalisaan Bahasa Badan.
Penjelasan mengapakah dipanggil Micro Expression serta 7 jenis ekspresi universal yang ada pada semua manusia. Dalam sesi ini, penjelasan juga akan diberikan bagaimana untuk mengenal setiap ekspresi tersebut melalui melihat bahagian-bahagian otot tertentu bagi mengenalpasti ekspresi tersebut.
Mata adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan kepada kita. Mata juga merupakan jendela bagi apa yang terdapat dalam jiwa kita. Dalam sesi ini, penjelasan dalam pola pergerakkan mata, eye contact serta isyarat-isyarat lain yang biasa dilakukan pada bahagian mata dan kening.
Bibir dan mulut mampu memberikan berbagai isyarat bahasa badan tanpa perlu berkata apa-apa. Dalam sesi ini, penjelasan apakah pengertian setiap isyarat pergerakkan bibir dan mulut seperti menggigit bibir, menjelir lidah, apakah isyarat bagi seseorang yang terlalu teruja untuk bercakap dan sebagainya akan dibincangkan.
Pergerakkan kepala juga memberikan isyarat tertentu semasa berkomunikasi dan biasanya ianya bersifat autoritatif. Kesombongan, kekalahan, bersetuju atau beranggapan negatif akan dibincangkan dalam bahagian ini.
Apakah itu proximity, apa yang dimaksudkan dengan bahasa badan tertutup dan terbuka serta apa yang perlu dibuat oleh tangan bagi memberikan isyarat bahasa badan berkuasa dan berpengaruh.
Mikro Ekspresi dan Bahasa Badan adalah satu seni dalam komunikasi yang ada kalanya diabaikan oleh kita. Akibatnya, komunikasi berjalan kurang sempurna dan apa yang ingin disampaikan diterjemahkan berbeza dengan apa yang telah disampaikan. Suara, muka dan keseluruhan pergerakkan badan dikategorikan sebagai isyarat emosi dan kita akan memahami isyarat tersebut secara tidak sedar.
Dalam program ini, anda akan didedahkan dengan apakah itu Mikro Ekspresi, 7 jenis Mikro Ekspresi, Apakah Bahasa Badan Terbuka, Adakah terdapat pembohongan daripada setiap pertuturan seseorang serta Apakah Bahasa Badan Beracun yang perlu dielakkan semasa berkomunikasi bagi mengelakkan salah faham.
Program ini sesuai untuk para pendidik, ibubapa, dalam mencari pekerjaan, teman hidup ataupun untuk perbualan seharian anda.