Udemy
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
Turn what you know into an opportunity and reach millions around the world.
Learn More
Your cart is empty.
Keep shopping
Nombor Bahasa Korea 101 + Nota PDF + Latihan (Beginner)
Rating: 5.0 out of 5(3 ratings)
13 students

Nombor Bahasa Korea 101 + Nota PDF + Latihan (Beginner)

Kursus lengkap bagi membantu anda memahami dari nombor kecil hingga nombor besar. Nota PDF dan latihan kuiz disediakan!
Created byZulhilmi Zamri
Last updated 7/2025
Malay

What you'll learn

  • Belajar dari asas membaca dan menyebut nombor Asli Korea dari 1-99
  • Belajar mengira Nombor Sino-Korea daripada 0 hingga lebih 100,000,000+
  • Belajar cara menggunakan nombor Asli Korea dan Sino-Korea dalam situasi yang betul.
  • Belajar cara menyatakan waktu dan tarikh
  • Belajar cara menyatakan tempoh masa (sejam, dua jam, dua hari, setahun dll.)
  • Belajar cara menggunakan penjodoh bilangan dan unit
  • Belajar menggunakan penjodoh bilangan yang khas digunakan bagi saiz makanan (portion)
  • Belajar menyebut ayat matematik dalam Bahasa Korea
  • Belajar peribahasa yang berkaitan dengan nombor dalam Bahasa Korea
  • Belajar unit keluasan tanah/bangunan dalam Bahasa Korea

Course content

4 sections • 10 lectures • 1h 11m total length
  • Pengenalan Kepada Sistem Nombor Korea2:40

    Pengenalan tentang dua sistem nombor Korea:

    1. Nombor Asli Korea

    2. Nombor Sino-Korea


    Anda juga akan belajar sedikit tentang perbezaan umum antara kedua sistem nombor di atas.

Requirements

  • Pelajar MESTI tahu cara membaca Hangeul dan sebaik-baiknya pernah belajar tatabahasa asas Bahasa Korea.

Description

Hanya untuk pelajar yang sudah mempunyai asas Hangeul (sudah pandai membaca dan menulis Hangeul).

Kursus ini direka khas bagi pelajar tahap Beginner mahupun Intermediate yang masih keliru dengan sistem nombor Korea.

Hanya dengan menonton drama sahaja, anda mungkin tidak dapat memahami dengan mendalam apakah perbezaan antara hana, dul, set dengan il, i, sam, sa dan lain lain.


Antara cabaran utama pelajar ialah:

1. Menggunakan nombor Asli dan Sino Korea dengan betul.

2. Mengira angka besar (lebih daripada 1,000 hingga ratusan juta)

3. Menggunakan penjodoh bilangan dengan sistem nombor yang betul.


Dalam kursus ini, anda akan mempelajari tentang sistem nombor Korea dari asas:

1. Apakah Nombor Asli vs Nombor Sino Korea (dari 0 hingga 100,000,000++)

2. Apakah fungsi Nombor Asli vs Nombor Sino Korea yang betul?

3. Apakah penjodoh bilangan/unit yang boleh digunakan bagi setiap jenis nombor.

4. Apakah contoh perbualan harian yang melibatkan angka, wang, tarikh, dan masa.

5. Menyebut ayat matematik ringkas dalam Bahasa Korea.

7. Apakah contoh peribahasa yang melibatkan angka.

8. Contoh perkataan-perkataan yang digunakan dalam iklan rumah di Korea.


Selain itu, terdapat juga kuiz bagi memastikan anda lebih paham dengan apa yang anda pelajari dalam setiap kelas!

Untuk memanfaatkan kursus ini 100%, pastikan anda menyiapkan semua kuiz dalam kursus ini.

Semoga kursus ini dapat membantu anda menyediakan diri untuk melancong/tinggal/bekerja di Korea.

Who this course is for:

  • Untuk mereka yang belajar Bahasa Korea seorang diri dan masih keliru dengan sistem nombor atau cara mengira nombor besar (>1000 ke atas)
  • Untuk mereka yang bekerja di syarikat Korea dan ingin segera menguasai sistem nombor besar Korea
  • Untuk mereka yang ingin belajar cara aplikasi kedua-dua jenis sistem nombor Asli dan Sino-Korea dalam situasi kehidupan sebenar