iKurnia Autisme : Asas Intervensi

Asas Intervensi
Rating: 4.4 out of 5 (47 ratings)
461 students
iKurnia Autisme : Asas Intervensi
Rating: 4.4 out of 5 (47 ratings)
461 students
Menyenaraikan kemahiran asas sebelum memasuki prasekolah
Menyenaraikan keperluan dan menjalankan latihan ke tandas kepada kanak-kanak autisme
Menjelaskan punca -punca tingkah laku mencabar dan cadangan strategi mengatasi tingkah laku mencabar
Menerangkan strategi untuk mengalakkan kemahiran meminta kanak-kanak autisme
Mengenal pasti prinsip dalam sistem tugasan kerja

Requirements

  • Mempunyai pengetahuan asas mengenai autisme (ciri-ciri dan isu kanak-kanak autisme)
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam intervensi awal kanak-kanak autisme ( keperluan, perkhidmatan kepada kanak-kanak autisme)
Description

iKurnia Autisme merupakan pendidikan atas talian yang memfokuskan untuk memberi maklumat yang tepat, terkini berasaskan penyelidikan kepada orang awam. Sasaran kursus ialah ibu bapa kepada individu yang mengalami autisme, guru-guru, pelajar dan mereka yang memberi perkhidmatan kepada individu autisme.Asas Intervensi merupakan kesinambungan kepada Asas Autisme.

Pengisian kursus ini akan melatih ibu bapa, guru, ahli terapi dan masyarakat bagaimana untuk menyediakan kanak-kanak supaya dapat meningkatkan kemahiran mereka sebelum memasuki Pra Sekolah. Kursus ini mempunyai empat topik:

  1. Latihan Kursus Ke Tandas

  2. Modifikasi Tingkah Laku

  3. Kemahiran Meminta

  4. Pengajaran Berstruktur

    Tiada syarat untuk mengikuti ini dan ditawarkan secara percuma. Peserta boleh belajar secara fleksibel. Anda boleh belajar mengikut  had masa sendiri untuk menghabiskan kursus di mana sahaja dengan syarat anda mempunyai capaian internet. 

Who this course is for:
  • Ibu bapa
  • Professional : Guru , ahli terapi
Curriculum
4 sections • 12 lectures • 38m total length
  • Latihan ke tandas
  • Keperluan dan persediaan sebelum pengajaran latihan ke tandas
  • Uji Minda 1
  • Uji Minda 2
  • Sesi pengajaran latihan ke tandas
  • Cabaran menjalani latihan ke tandas
  • Uji Minda 3
  • Kenapa kanak-kanak autisme bertingkah laku mencabar
  • Uji Minda 4
  • Mengenal pasti penyebab tingkah laku mencabar
  • Cadangan / strategi menangani tingkah laku mencabar
  • Uji Minda 5
  • Uji Minda 6
  • Pengenalan kepada kemahiran meminta
  • Uji Minda 7
  • Langkah-langkah pengajaran kemahiran meminta
  • Uji Minda 8
  • Mewujudkan peluang untuk meminta
  • Uji Minda 9
  • Prosedur bantuan kemahiran keminta
  • Prinsip Asas Pengajaran Berstruktur
  • Soalan Pengukuhan : Prinsip Asas Pengajaran Berstruktur
  • Uji Minda 10
  • Uji Minda 11

Instructors
Early Intervention Centre for Autism
Genius Kurnia
  • 4.5 Instructor Rating
  • 464 Reviews
  • 3,363 Students
  • 2 Courses

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) dalam bahasa Inggeris ialah suatu gangguan berlakunya kecelaruan neurologi di otak. Gangguan neurologi mempengaruhi perkembangan individu autisme dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Oleh sebab itu, kebanyakan individu yang mengalami autisme memerlukan bantuan dan sokongan untuk menjalani aktiviti seharian. Autisme boleh terjadi kepada semua bangsa, etnik dan tidak mengira status ekonomi. Oleh itu, penting untuk ibu bapa, guru, ahli terapi dan masyarakat mengetahui dan memahami tentang autisme. Program Intervensi awal ialah perkhidmatan, pendidikan dan sokongan yang diberikan kepada kanak-kanak sejurus mereka didapati mengalami isu kelambatan dalam perkembangan sehingga mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran.

GENIUS Kurnia atau dahulunya PERMATA Kurnia merupakan sebuah pusat intervensi awal kepada kanak-kanak autisme di bawah Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia.

GENIUS Kurnia ditubuhkan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah perkhidmatan intervensi awal kepada kanak-kanak yang mengalami autisme. Selain itu, GENIUS Kurnia turut membantu memperkasakan ibu bapa serta melatih dan mendidik masyarakat mengenai strategi berasaskan bukti dalam membantu individu yang mengalami autisme.

Ketua Program di PERMATA Kurnia
Sazlina Kamaralzaman
  • 4.5 Instructor Rating
  • 464 Reviews
  • 3,363 Students
  • 2 Courses

I graduated with Bachelor Degree in Medicine from Royal College of Surgeons in Ireland and has a Master degree in Rehabilitation from University of Nottigham. My interest are in community-based rehabilitation for children with special needs as well as health education and promotion. Previously, I worked as a Medical Lecturer at Occupational Therapy Programme, Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia for 15 years. I am currently working at PERMATA Kurnia Centre as Head of Programme 1 since year 2015.