iKurnia Autisme : Asas Autisme

Asas Autisme
Rating: 4.7 out of 5 (417 ratings)
3,081 students
iKurnia Autisme : Asas Autisme
Rating: 4.7 out of 5 (417 ratings)
3,081 students
Pelajar boleh menerangkan ciri-ciri autisme
Pelajar dapat menyenaraikan langkah -langkah mendapatkan prosedur diagnosis autisme
Menjelaskan kepentingan intervensi awal

Requirements

  • Peserta tidak mempunyai maklumat mengenai autisme
  • Professional yang ingin menambah pengetahuan dan kemahiran mengenai autisme
Description

iKurnia Autisme merupakan pendidikan atas talian yang memfokuskan untuk memberi maklumat yang tepat, terkini berasaskan penyelidikan kepada orang awam. Sasaran kursus ialah ibu bapa kepada individu yang mengalami autisme, guru-guru, pelajar dan mereka yang memberi perkhidmatan kepada individu autisme. Kursus pertama iKurnia Autisme bertajuk Asas Autisme.

Kursus ini  bertujuan memberi pendedahan mengenai autisme. Tiada syarat untuk mengikuti ini dan ditawarkan secara percuma. Peserta boleh belajar secara fleksibel. Anda boleh belajar mengikut  had masa sendiri untuk menghabiskan kursus di mana sahaja dengan syarat anda mempunyai capaian internet. 

Who this course is for:
  • Ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami autisme
  • Guru
  • Personel Kesihatan
  • Individu yang ingin mempelajari mengenai autisme
Curriculum
3 sections • 12 lectures • 36m total length
  • Apa itu autisme
  • Uji minda 1
  • Memahami ciri-ciri autisme
  • Uji Minda 2
  • Mitos Autisme 1
  • Mitos Autisme 2
  • Uji Minda 3
  • Pendapat masyarakat mengenai autisme
  • Uji Minda 4
  • Penyaringan Autisme
  • Uji Minda 5
  • Langkah Diagnosis autisme
  • Uji Minda 6
  • Kepentingan diagnosis
  • Pengalaman seorang ibu mendapatkan diagnosis
  • Uji Minda 7
  • Apakah maksud Intervensi Awal?
  • Uji Minda 8
  • Maksud Intervensi Awal Berasaskan bukti (Evidence-based practices)
  • Uji Minda 9
  • Contoh Intervensi Awal berdasarkan bukti
  • Uji Minda 10

Instructors
Ketua Program di PERMATA Kurnia
Sazlina Kamaralzaman
  • 4.5 Instructor Rating
  • 464 Reviews
  • 3,368 Students
  • 2 Courses

I graduated with Bachelor Degree in Medicine from Royal College of Surgeons in Ireland and has a Master degree in Rehabilitation from University of Nottigham. My interest are in community-based rehabilitation for children with special needs as well as health education and promotion. Previously, I worked as a Medical Lecturer at Occupational Therapy Programme, Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia for 15 years. I am currently working at PERMATA Kurnia Centre as Head of Programme 1 since year 2015. 

Early Intervention Centre for Autism
Genius Kurnia
  • 4.5 Instructor Rating
  • 464 Reviews
  • 3,368 Students
  • 2 Courses

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) dalam bahasa Inggeris ialah suatu gangguan berlakunya kecelaruan neurologi di otak. Gangguan neurologi mempengaruhi perkembangan individu autisme dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Oleh sebab itu, kebanyakan individu yang mengalami autisme memerlukan bantuan dan sokongan untuk menjalani aktiviti seharian. Autisme boleh terjadi kepada semua bangsa, etnik dan tidak mengira status ekonomi. Oleh itu, penting untuk ibu bapa, guru, ahli terapi dan masyarakat mengetahui dan memahami tentang autisme. Program Intervensi awal ialah perkhidmatan, pendidikan dan sokongan yang diberikan kepada kanak-kanak sejurus mereka didapati mengalami isu kelambatan dalam perkembangan sehingga mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran.

GENIUS Kurnia atau dahulunya PERMATA Kurnia merupakan sebuah pusat intervensi awal kepada kanak-kanak autisme di bawah Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia.

GENIUS Kurnia ditubuhkan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah perkhidmatan intervensi awal kepada kanak-kanak yang mengalami autisme. Selain itu, GENIUS Kurnia turut membantu memperkasakan ibu bapa serta melatih dan mendidik masyarakat mengenai strategi berasaskan bukti dalam membantu individu yang mengalami autisme.

HM
  • 4.7 Instructor Rating
  • 417 Reviews
  • 3,081 Students
  • 1 Course