
Pengenalan kepada asas Bahasa Korea, sedikit sejarah, dan gambaran tentang apa yang kita akan pelajari sepanjang kursus ini.
Jom belajar semua Vowel dalam Hangeul dan cara sebutan vowel yang betul.
Konsonan asas dalam Hangeul, nama konsonan, dan cara sebutan konsonan.
Selepas mempelajari tentang konsonan asas, kita akan belajar tentang konsonan yang mempunyai sebutan yang tegang. Anda memerlukan tenaga otot mulut yang lebih sedikit sewaktu menyebut konsonan-konsonan ini.
Cara menulis setiap huruf Hangeul mengikut strok yang betul.
Cara menulis gabungan konsonan dan vowel asas seperti ㅏ,ㅑ,ㅓ,ㅕ, ㅣ, ㅗ,ㅛ,ㅜ,ㅠ, dan ㅡ.
Cara untuk menulis konsonan bersama dengan vowel seperti ㅐ, ㅒ, ㅔ, ㅖ, ㅙ, ㅟ,ㅞ,ㅢ, dan ㅘ.
Anda akan belajar cara menulis suku kata dengan konsonan akhir berganda, seperti 밖, 몫, 찮, dan sebagainya.
Bahagian ini akan mendedahkan anda kepada cara sebutan yang berbeza daripada cara tulisan sesebuah perkataan. Contohnya huruf konsonan terakhir ㄹ+ㄴ (L dan N) tetapi disebut sebagai (L dan L).
Betul ke boleh belajar Bahasa Korea melalui K-Drama sahaja? Kenapa orang Korea tidak suka cara saya bercakap Korea? Adakah saya bercakap dengan nada yang tidak sopan?
HANYA UNTUK TOTAL BEGINNER tanpa asas pengetahuan Hangeul sahaja.
Gunakan kod kupon MERDEKASALE untuk diskaun segera!
Vowel, konsonan, vowel berganda, konsonan berganda, konsonan terakhir, strok Tulisan, cara sebutan? Beza formal vs informal?
Ramai yang masih keliru selepas belajar sendiri ataupun hanya dengan menonton K-Drama.
Ramai juga yang masih keliru dengan perbezaan antara Bahasa Korea formal dan informal.
Kesilapan penggunaan formal/informal ini boleh dianggap sebagai kesalahan yang serius di tempat kerja, ataupun ketika berjumpa dengan seseorang buat kali pertama.
Jom belajar semuanya dari asas supaya anda lebih bersedia untuk mempelajari tatabahasa Korea, budaya Korea, dah akhirnya mempersediakan diri anda untuk "self learning".
Q: Apa yang kita akan pelajari?
A: Anda akan mempelajari seperti di bawah:
1. Pengenalan tentang Bahasa Korea
2. Vowel dan konsonan Korea
3. Cara menulis setiap huruf Korea
4. Cara menyebut setiap huruf Korea
5. Membina suku kata daripada gabungan konsonan dan vowel
6. Cara menyebut konsonan terakhir (batchim) dan konsonan terakhir berganda (gyeop batchim)
7. Perbezaan antara bentuk formal dan informal.
8. Beberapa ayat asas dan tatacara penggunaan yang betul.
Q: Apa yang anda boleh buat selepas anda menamatkan kursus Hangeul 101 ini?
A: Kini anda sudah boleh mula mempelajari tatabahasa (grammar) Bahasa Korea.
Ini adalah kerana anda perlu mempelajari kata akar (root word) dan menukarkan kata akar tersebut mengikut tatabahasa tertentu.
Pengetahuan tentang Hangeul adalah titik asas bagi mempelajari Bahasa Korea dengan lebih teratur.