Udemy
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
Turn what you know into an opportunity and reach millions around the world.
Learn More
Your cart is empty.
Keep shopping
Kursus Intensif ATLAS.ti (Bahasa Malaysia)
Highest Rated
Rating: 4.7 out of 5(28 ratings)
95 students

Kursus Intensif ATLAS.ti (Bahasa Malaysia)

ATLAS.ti Intensive Course - From Zero to Hero!
Last updated 6/2020
Malay

What you'll learn

  • Cara menggunakan ATLASti untuk menganalisa data kualitatif

Course content

6 sections • 32 lectures • 3h 22m total length
  • Berita Gembira Untuk Anda Semua!3:30

    Tahniah kepada anda semua!

    Dengan menyertai kursus ini, secara langsung anda mendapat TIGA kelebihan di bawah:


    1. Pelajari Perisian Yang Akan Mengubah Hidup Anda!

    Perisian ATLAs.ti adalah dicipta untuk memudahkan urusan kita semua. Selamat tinggal kepada keserabutan nota-nota, buku-buku teks, rakaman-rakaman audiovisual dan bahan-bahan lain yang selama ini tidak tersusun secara sistematik. ATLAS.ti akan membantu anda semua menyusunnya dengan sangat berkesan.


    2. Akses Sepanjang Hayat (Life Time Access)

    Apabila anda telah bersama dalam kursus ini, anda akan dapat akses kepada kursus ATLAS.ti ini sepanjang hayat. Kelebihan ini akan berkekalan melainkan pihak pengurusan Udemy mengubah apa-apa polisi dalam platfom ini. Perisian ATLAS.ti sentiasa dinaiktaraf, (dengan sokongan anda semua) saya sebagai fasilitator anda, InsyaaAllah akan cuba pastikan kursus ini sentiasa dikemaskini kandungannya dari semasa ke semasa.


    3. Potongan Harga untuk Perisian ATLAS.ti

    Dengan anda mengikuti kursus ATLAS.ti (Bahasa Malaysia), anda layak mendapat potongan harga sebanyak 20% untuk perisian ATLAS.ti. Pastikan anda ikuti kursus ini daripada awal sehingga akhir serta lakukan semua aktiviti dan kuiz sepanjang kursus ini. Di akhir kursus ini, anda akan diberi sijil tamat kursus.

    Untuk mendapat diskaun harga yang ditawarkan, anda perlu emailkan butiran diri kepada Dr. Neringa Kalpokaite (Manager for Europe, Training & Partnership Development): neringa.kalpokaite@atlasti.com, atau clients@atlasti.com. Jangan lupa lampirkan bersama sijil tamat kursus ini sebagai bukti.


    4. Layak Menyertai Group ATLAS.ti Community

    Dengan mengikuti kursus ini juga, anda layak untuk menyertai ATLAS.ti Community di:

    https://www.facebook.com/groups/233273911265524

    Group berkenaan adalah untuk tujuan sokongan kepada semua. Sebarang perbincangan, perkongsian maklumat, pertanyaan berkenaan dengan perisian ATLAS.ti. Ia juga adalah group untuk perbincangan berkenaan dengan kajian-kajian kualitatif.

    *Untuk makluman, nama setiap butiran peserta kursus ini akan di verifikasi terlebih dahulu sebelum diterima masuk ke group berkenaan.


    5. (DIkemaskini pada 10 Oktober 2020) Semua peserta kursus ini berpeluang memenangi lesen ATLAS.ti (yang bernilai €1200) secara PERCUMA. Anda hanya perlu mengisi borang dibawah untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah yang diadakan setiap bulan. Seramai 5 peserta bertuah akan diumumkan setiap hujung bulan. Anda perlu mengisi borang berikut untuk melayakkan anda menyertainya:

    https://forms.gle/DDTEF6b51J7Agx7D8

    *Peserta yang memenangi cabutan bertuah akan dihubungi melalui email masing-masing.


    Yang benar,

    Dr Muhd Al-Aarifin Ismail

    Certified ATLAS.ti Professional Trainer

  • Pengenalan Kepada CAQDAS2:12
  • Cara Install ATLAS.ti 87:21
  • Dokumen-dokumen Sokongan2:32

    Dilampirkan dokumen-dokumen berikut:

    1. Manual perisian ATLAS.ti untuk pengguna Windows, Mac & iPad.

    Jangan risau, kita semua tak perlu khatam semua manual ni. Kalau nak baca semua, takut jadi makin pening. Biar saya sahaja yang khatam buku ni (itu pun sebab nak ambil peperiksaan untuk jadi trainer ATLAS.ti). Rujukan-rujukan ni hanya untuk panduan jika perlu sahaja. Dengan mengikuti kursus ini dari awal sehingga akhir, anda akan dapat menguasai perisian ini dengan cara yang mudah. Saya akan cuba sedaya upaya memastikan yang semua diperjelaskan dalam bahasa yang mudah. Jadi 'sit back and relax' kata Mat Saleh.

    2. Artikel contoh

    Artikel contoh ini adalah hasil penyelidikan saya dan rakan-rakan. Artikel tersebut telah diterbitkan jurnal di BMC Medical Education. Untuk pengetahuan semua, analisa data kualitif dalam kajian tersebut adalah menggunakan perisian ATLAS.ti sepenuhnya.

    3. Helaian kerja (Worksheet)

    Dilampirkan juga helaian kerja yang anda akan gunakan sepanjang kursus ini. Untuk menambah lebih kefahaman dalam menguasai perisian ATLAS.ti, pastikan anda menggunakan helian kerja tersebut sebagai panduan & catatan untuk rujukan pada masa-masa yang akan datang.

  • Kuiz 1

Requirements

  • Sekurang-kurangnya mempunyai asas minima dalam disiplin ilmu kajian kualitatif

Description

*Dikemaskini Jun 2020

Kemajuan teknologi semestinya memudahkan hidup kita semua. Kepada para pelajar di peringkat sarjana (master degree) serta pelajar doktor falsafah (PhD), tentunya sentiasa bermain dengan bahan-bahan pengajian termasuklah buku-buku teks, nota-nota dan sebagainya. Dengan perisian ATLAS.ti, kita tidak lagi perlu risau untuk menyimpan semua bahan-bahan tersebut. ATLAS.ti akan memudahkan kita untuk mengesan kembali bahan-bahan yang kita perlukan.

Perisian ATLAS.ti juga adalah suatu perisian yang sangat berguna khususnya untuk menganalisa data-data kualitatif. Menggunakan kaedah tradisional untuk menganalisa data-data kualitatif tentunya memenatkan dan cara tersebut mungkin memerlukan ruang yang luas, masa yang lama serta pengurusan yang sistematik. Dengan perisian ATLAS.ti, kita akan mampu menganalisa data-data tersebut dengan cara yang sangat mudah dan berkesan.


Secara umumnya, kursus ini akan menerangkan kepada anda tentang perkara-perkara berikut:

  1. Prinsip-prinsip asas perisian ATLAS.ti

  2. Cara menggunakan atlas.ti untuk menguruskan data-data

  3. Cara menganalisa data-data kualitatif

  4. Pengenalan kepada CAQDAS

  5. Cara install perisian ATLAS.ti

  6. Prinsip VISE dalam ATLAS.ti

  7. Istilah-istilah dalam ATLAS.ti

  8. Keperluan teknikal untuk ATLAS.ti

  9. Perbezaan umum antara atlas.ti windows & mac

  10. Antara muka (interface) ATLAS.ti

  11. Jenis dokumen yang diterima ATLAS.ti

  12. Cara membuat projek baru

  13. Cara mengekspot projek

  14. Cara memasukkan dokumen ke dalam projek

  15. Cara memasukkan komen (catatan) pada dokumen

  16. Cara meletakkan dokumen-dokumen dalam kumpulan (document group)

  17. Cara membuat laporan (report) bagi dokumen-dokumen

  18. Cara membuat petikan bebas (free quotation)

  19. Cara membuat kod (code)

  20. Cara membuat petikan & kod pada dokumen jenis imej

  21. Cara membuat petikan & kod pada dokumen audio/video

  22. Cara membuat kumpulan kod (code group)

  23. Cara membuat laporan (report) bagi kod-kod

  24. Cara membahagikan kod

  25. Cara mengesan kedudukan petikan (quotation)

  26. Cara membuat hubungkait antara kod-kod/petikan-petikan

  27. Cara hubungkait simantik (simantic linkages)

  28. Cara visualisasi awan perkataan (word clouds)

  29. Cara menggunakan 'query tool'

  30. Cara analisa persetujuan antara pengekod-pengekod (inter-coder agreement)

  31. Cara visualisasi jadual 'co-occurrence' & 'code-document'

  32. Cara berkolaborasi menggunakan atlas.ti

  33. Cara menggunakan awan ATLAS.ti (ATLAS.ti cloud)


Selain daripada kandungan kursus di atas, anda juga akan mendapat beberapa perkara yang menarik, antaranya:

  • Bahan-bahan pembelajaran yang boleh dimuat turun, ia termasuklah manual perisian ATLAS.ti untuk Window & Mac, helaian kerja (worksheet) serta contoh artikel yang telah diterbitkan di jurnal.

  • Dapat bersama dalam Komuniti ATLAS.ti. Dengan mengikuti kursus ini, anda akan mendapat akses kepada Facebook Group ATLAS.ti Community. Ia adalah tempat di mana anda akan mendapat sokongan secara berterusan berkaitan perisian ATLAS.ti seterusnya dapat memastikan anda sentiasa mendapat tahu perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan perisian ATLAS.ti serta kajian kualitatif.

  • Tugasan/latihan yang akan menyebabkan anda lebih memahami & mahir menggunakan perisian ATLAS.ti. Kursus ini dibahagikan kepada 6 seksyen di mana, di hujung setiap seksyen terdapat kuiz yang akan menilai kefahaman anda berkaitan kandungan kursus. Ini akan menambahkan lagi kefahaman anda berkaitan dengan perisian ATLAS.ti.

  • Jurulatih yang profesional diiktiraf oleh ATLAS.ti yang akan cuba membantu anda menguasai perisian ATLAS.ti. Dr Muhd Al-Aarifin Ismail adalah jurulatih profesional perisian yang telah diiktiraf oleh pihak ATLAS.ti yang berpenkalan di Berlin, Jerman.


PENGHARGAAN

Terima kasih tidak terhingga kepada Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan (Naib Canselor, USM) yang sentiasa menggalakkan kami para pensyarah USM untuk menghasilkan bahan-bahan digital (digital content) untuk dikongsikan dengan semua lapisan masyarakat di luar sana.

Ribuan terima kasih kepada Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail (Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM) yang sentiasa menyokong usaha ini. Terima kasih kepada Profesor Madya Dr Mohamad Saiful Bahri Yusoff (Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan) yang sentiasa memberi galakan dan sokongan untuk saya aktif dalam penghasilan 'digital content' untuk menfaat semua.

Terima kasih kepada Profesor Abd Karim Alias (Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, USM) yang sentiasa menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti latihan untuk pensyarah-pensyarah serta pelajar di Universiti Sains Malaysia khususnya serta universiti-universiti lain pada amnya.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan pensyarah di Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM. Dr. Ahmad Fuad Bin Abdul Rahim, Dr. Mohamad Najib Bin Mat Pa, Dr. Mohd Zarawi B. Mat Nor, Dr. Nik Mohd Rizal Mohd Fakri, Dr. Jamilah Al-muhammady Mohammad, Dr. Anisa Binti Ahmad, Dr. Nurhanis Syazni Binti Roslan dan Dr Rosniza Abd. Aziz.


PERNYATAAN PENAFIAN (DISCLAIMER)

Kursus ini adalah berfokus kepada penggunaan perisian untuk membantu para penyelidik menguruskan data kualitatif masing-masing. Penekanan adalah lebih kepada perkara-perkara teknikal berkenaan dengan ATLAS.ti. Kursus ini bukan kursus rasmi berkaitan dengan ilmu kajian kualitatif.

Saya (sebagai jurulatih ATLAS.ti bertauliah) telah cuba sedaya upaya untuk memastikan semua perkongsian dalam kursus adalah berdasarkan asas ilmu kajian kualitatif. Walaubagaimanapun, saya menafikan bahawa saranan-saranan yang dikongsikan adalah amalan terbaik (best practice) atau garis panduan (guideline) bagi ilmu kajian data kualitatif.

Oleh yang demikian, para peserta kursus ini tidak boleh menggunakan kandungan kursus ini sebagai hujah atau sandaran untuk tujuan 'thesis defend' khususnya berkaitan dengan disiplin ilmu kajian kualitatif dan seumpamanya. Untuk tujuan data kualitatif, adalah dicadangkan agar para peserta semua merujuk kepada sumber yang lebih berautoriti seperti buku-buku teks berkaitan kajian kualitatif serta bahan-bahan ilmiah yang telah diterbitkan di jurnal-jurnal yang berkredibiliti.


KREDIT MUSIK LATAR

Musik latar video promo:

  • Upbeat Corporate by JP Bianchini, Music promoted by Audio Library Youtube Channel

Musik latar video-video tutorial:

  • Music: Blue Skies - Silent Partner, Music promoted by Audio Library Youtube Channel

Templat montaj Tutorial

  • Logo PA Youtube channel


Who this course is for:

  • Pelajar-pelajar sarjana dan doktor falsafah
  • Pensyarah-pensyarah
  • Penyelidik-penyelidik